Friday, May 2, 2014

SETIAP AMALAN BERGANTUNG KEPADA NIAT


Hadith riwayat Imam Muslim di dalam Kitab al-Imarah. Bab Qauluhu SAW 'Innamal A'maalu bin Niyyah. Hadith no: 1907.


Sebab Hadith Ini Diturunkan

  • Diriwayatkan oleh Imam al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dengan rantaian perawinya yang thiqah, dari Ibnu Mas'ud, dia berkata: " Di antara kami ada seorang lelaki yang melamar seorang wanita yang dipanggil dengan nama Ummu Qais, namun wanita itu menolak kecuali jika lelaki itu berhijrah (ke Madinah). Kemudian lelaki itu ikut berhijrah, lalu menikahi wanita tersebut. Maka kami pun menggelarnya Muhajiru Ummi Qais (orang yang berhijrah kerana Ummu Qais).


Pengajaran Hadith
  • Para ulama' bersepakat bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syarak dan tidak diberi pahala jika tidak disertai dengan niat.

  • Waktu niat ialah pada saat hendak melakukan ibadah misalnya dalam solat, seseorang berniat ketika takbiratul ihram (takbir pertama). Tempat niat pula adalah di dalam hati dan tidak disyaratkan untuk diucap. Walaupun begitu, sunat melafazkannya sebagai menolong hati untuk mudah mengingati apa yang ingin diniatkan.

  • Hadis ini juga menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untuk melakukan amal soleh, tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti sakit, mati atau seumpamanya yang menghalang beliau daripada melaksanakannya, maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya.




Sumber: Syarah al-Wafi Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi. 2012. Terbitan Syabab Book Link.

No comments:

Post a Comment