Sunday, April 27, 2014

JAUHILAH SIFAT MARAH DAN PASTINYA SYURGA BAGIMU


Hadith riwayat Imam al-Bukhari di dalam Kitab al-Adab. Bab Berjaga-jaga dari sifat marah. Hadith no: 5765.

Luqman al-Hakim menasihati anaknya seraya berkata: Hai anakku, tiga perkara tidak diketahui kecuali pada tiga. Orang yang sabar tidak diketahui kecuali ketika marah, orang yang berani tidak diketahui kecuali ketika perang dan sahabat sejati tidak diketahui ketika berhajat.


PENGAJARAN HADITH
  • Imam al-Ghazali berkata: "Ahli ilmu berpendapat bahawa berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan." Ini bermakna orang yang suka marah beerti telah mengikat persahabatan dengan syaitan.
  • Maksud perkataan Janganlah Marah yang dikatakan dalam hadith di atas ialah jangan menuruti hawa nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya daripada tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.
  • Apabila salah seorang merasa marah, maka hendaklah dia berbaring atau duduk di atas bumi. Rasulullah ada menjelaskan bahawa apabila seseorang di kalangan kamu marah, maka hendaklah dia berwudhuk. Kemarahan itu daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. 


Sumber: Himpunan Hadis Modal Insan oleh Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2007. Terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.

No comments:

Post a Comment