Friday, May 2, 2014

MALU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Hadith Riwayat oleh Imam al-Bukhari dalam Kitab al-Anbiya' wal Adab. Bab Idza lam Tastahi Fashna' ma Syi'ta. Hadith no. 5769.



Keterangan Hadith

Malu beerti menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan tercela, menahan diri melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan kerana takut akan mendapat celaan Allah, maka seruan untuk memiliki akhlak tersebut pada dasarnya adalah seruan untuk mencegah segala kemaksiatan dan kejahatan.

Rasa malu juga merupakan sifat terpuji yang sangat diperlukan oleh manusia. Ramai yang berpendapat bahawa seseorang yang tidak memiliki rasa malu adalah orang yang mempunyai kekurangan dan aib.

Pengajaran Hadith

  • Sifat malu adalah asas bagi akhlak mulia yang mendorong kita melakukan kebaikan serta meninggalkan kejahatan.

  • Hadith ini memberitahu bahawa jika seseorang tidak lagi memeliki sifat malu, dia akan melakukan apa sahaja. Ini kerana rasa malu dapat mencegah perbuatan keji. Jika seseorang tidak merasa malu, maka tidak hairan jika dia leka dengan perbuatan keji dan mungkar.

  • Rasa malu akan menghasilkan kesucian. Sesiapa yang memiliki sifat malu sehingga mampu menakluki setiap perbuatan buruk yang akan dilakukan, maka dia benar-benar telah menjaga kesucian dirinya.





Sumber: Syarah al-Wafi Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi. 2012. Terbitan Syabab Book Link.

No comments:

Post a Comment