Friday, May 2, 2014

CANTIKNYA ISLAM SESEORANG ITU

Diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam kitab Zuhud. Bab Apa yang datang mengenai seorang yang bercakap tentang sesuatu yang tidak bermanfaat untuk dirinya. Hadith no. 2318 & 2319.

Keterangan Hadith & Pengajaran Hadith
  • Menyibukkan Diri dengan Perkara yang Tidak ada Manfaat Adalah Perbuatan Sia-sia dan Tanda Kelemahan Iman
Sesungguhnya insan itu hidup di dalam dunia di mana wujud ramai orang di sekelilingnya. Kesibukan dan perhubungan yang berkaitan dengan mereka terlalu banyak dan berbagai-bagai-bagai bentuk. Setiap Muslim pula bertanggungjawab terhadap setiap amalan yang dilakukannya dan ke atas setiap saat yang dilaluinya. Oleh itu, apabila seseorang itu menyibukkan dirinya dengan setiap perkara yang ada di sekelilingnya maka ia akan turut masuk campur dalam sesuatu urusan yang mana beliau tidak ada kepentingan di dalamnya. Justeru dia akan lalai daripada melaksanakan kewajipannya dan tanggungjawabnya dan dia akan dihukum di dunia dan di akhirat.


  • Menjauhkan Diri dari Sesuatu Yang Tidak Memberi Manfaat Adalah Jalan Keselamatan.
Apabila seorang Muslim itu melaksanakan kewajipannya maka sesungguhnya beliau menyibukkan dirinya dengan urusan dirinya sendiri serta cenderung terhadap sesuatu yang memberi manfaat kepadanya di dunia dan akhirat. Beliau berpaling daripada perkara yang berlebih-lebihan dan menjauhkan dirinya dari urusan yang buruk dan cenderung ke arah sesuatu yang memberi manfaat terhadap dirinya.


  • Hati Yang Sibuk Berzikir Kepada Allah SWT Terjauh daripada Perkara yang Tiada Manfaat Yang Merupakan Keadaan Akhlak.
Seorang Muslim yang menyembah Allah seolah-olah ia melihat-Nya, menghadirkan dirinya bahawa beliau dekat kepada Allah SWT dan Allah dekat kepadanya, maka keadaannya akan menyibukkan dari perkara yang tiada kaitan dengannya. Sebaliknya sesiapa yang menyibukkan dirinya dengan perkara yang tiada kaitan dengannya maka sedemikian menjadi dalil ketiadaan perasaan menghadirkan kedekatan dirinya kepada Allah.


Sumber: Al-Wafi fi Syarh al-Arbain Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugha & Dr Muhyiddin Mistu. 2007. Terbitan Dar al-Kalam al-Tib, Dimashq.

No comments:

Post a Comment