Friday, May 2, 2014

GOLONGAN YANG MENDAPAT PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH

Hadith Riwayat oleh Imam Muslim di dalam Kitab al-Imarah. Bab ma Jaa fi al-Syam. Hadith no. 3544.

Keterangan Hadith

1. ’At-Thaifah al-Manshurah’ ialah kelompok/golongan yang mendapatkan pertolongan, yang memperoleh kemenangan. Hadith ini menjelaskan akan adanya sekelompok umat dari (kaum Muslimin) yang senantiasa berjuang menegakkan dan membela agama Islam yang ’haq’. Mereka itu senantiasa berada di atas kebenaran dan mendapat pertolongan Allah dan memperoleh kemenangan malah tidak berpengaruh dengan kelompok lain yang membencinya dan memusuhinya. Mereka terus istiqamah dalam kebenaran hingga hari kiamat.


2. Para ahli hadits seperti imam Bukhari dan Imam Ahmad berpendapat bahwa Thaifah Manshurah adalah ashabul hadits, alim ulama yang menjaga risalah Islamiyah tetap berada pada kemurnian agama Islam sebagaimana pada awalnya Rasulullah Saw dan para sahabat, generasi awal atau generasi salaf menerima, memahami dan mempraktikkan ajaran Islam dari sumber yang asal. 


3. Para ulama menyebut at-Thaifah al-Manshurah adalah sebahagian dari (Golongan yang Selamat), sebahagian dari Ahl Sunnah Wal Jamaah, sebahagian dari Al-Ghuraba (Yang Terasing). Bahawa kebenaran itu tidak akan pernah sirna dan akan terus bersinar disetiap zaman dan generasi.


Pengajaran Hadith
  • Akan adanya sekelompok umat Nabi Muhammad yang sentiasa membela sunnahnya dan berpegang kepada kebenaran di setiap zaman.
  • Golongan yang mendapat pertolongan ini akan terus berjalan dan menebar walaupun dicemuh oleh orang yang membenci ahli ibadat.
  • Golongan ini akan mendapat pertolongan Allah dari segi kekuatan fizikal dan kekuatan hujah dan keterangan.


Sumber: Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih al-Tirmidzi. Tulisan oleh: Noraine Abu. Juzuk 15. Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment