Saturday, May 3, 2014

JALAN KE SYURGA


Hadith Riwayat oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Iman. Bab Bayaanul limaan alladzii Yudkhilu bihil Jannah wa anna Man Tamassaka bima Umira bihi Dakhalal Jannah. Hadith no. 15.


Keterangan Hadith

Allah SWT telah mengutuskan RasulNya, Muhammad SAW sebagai rahmat kepada sekalian alam. Menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang menjerumuskan mereka ke dalam neraka dan berjalan bersama-sama mereka di atas jalan hidayah yang dapat membawa mereka ke syurga.

Jalan ke syurga adalah jalan yang jelas dan mudah. Allah SWT telah menetapkan beberapa batas sempadan di dalamnya. Barangsiapa yang beriltizam dengannya, maka dia akan sampai tujuan, namun barangsiapa yang melanggar peraturan-peraturan yang ada, maka dia akan sesat.

Batas sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah adalah sesuai dengan kemampuan manusia, kerana Allah menghendaki kemudahan bagi hamba-hambaNya dan tidak menghendaki kesulitan.


Pengajaran Hadith
  • Hadith ini memberi pengajaran agar seorang muslim sentiasa bertanya kepada ahli ilmu atau orang yang lebih faham tentang pelbagai hukum syarak yang belum dia ketahui sama ada tentang apa yang dilarang mahupun apa yang diwajibkan, agar setiap perbuatan yang dilakukan berada dalam keredhaan Allah dan tenang dalam melakukannya.

  • Hadith ini juga memberi isyarat bahawa seorang guru hendaklah berlapang dada dengan muridnya dan hendaklah memberi khabar gembira kepadanya dengan perkara-perkara yang baik. Di samping itu juga dia hendaklah berlaku mudah serta memberikan galakan kepada anak muridnya.



Sumber: Syarah al-Wafi Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi. 2012. Terbitan Syabab Book Link.

No comments:

Post a Comment