Saturday, May 3, 2014

ISTIQAMAH DAN IMAN


Hadith Riwayat oleh Imam Muslim dalam kitab al-Iman.
Bab Jaami'u Aushaafil Islam. Hadith no. 38.


Keterangan Hadith

Hadith ini ungkapan yang ringkas tetapi mempunyai makna yang dalam, yang hanya dimiliki oleh Nabi SAW walaupun hanya dengan dua kalimah, 'iman dan istiqamah', namun dapat menerangkan seluruh dasar Islam kepada orang yang bertanya.

Sudah dimaklumi bahawa Islam adalah tauhid dan ketaatan. Tauhid lahir daripada keimanan kepada Allah, manakala ketaatan adalah hasil dari istiqamah, iaitu sikap dalam merealisasikan semua perintah dan menjauhi semua larangan.


Pengajaran Hadith
  • Apabila hati telah istiqamah dalam mengenal Allah, rasa takut kepadaNya, istiqamah dalam mengagungkan dan mencintaiNya, sentiasa berdoa dan mengharap padaNya serta tawakal sepenuhnya kepadaNya, nescaya semua anggota badan akan taat kepada Allah.

  • Perkara yang perlu diperhatikan dalam istiqamah adalah lisan (ucapan), kerana ucapan merupakan terjemahan bagi hati.



Sumber: Syarah al-Wafi Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi. 2012. Terbitan Syabab Book Link.

No comments:

Post a Comment