Saturday, May 3, 2014

SETIAP KEBAIKAN ADALAH SEDEKAH


Hadith Riwayat oleh Imam Muslim di awal Kitab al-Thaharah. Bab Fadhlul Wudhu'. Hadith no. 223.


Keterangan Hadith

Hikmah Yang Tinggi

Nabi SAW sentiasa menasihati para sahabat dengan kata-kata yang pendek, penuh makna dan jelas, yang merangkumi semua kebaikan dan peringatan bagi semua kejahatan.

Hadith yang kita bahaskan ini merangkumi pelbagai taujih (bimbingan) yang mengagumkan, hikmah yang tinggi, nasihat yang lahir daripada orang yang kata-katanya tidak bersumber daripada hawa nafsu, tetapi daripada wahyu yang diturunkan kepadanya.


Taharah Dan Pahalanya

Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa thaharah yang dilakukan oleh orang-orang mukmin terhadap badan atau pakaiannya, adalah hasil yang nyata dan sangat penting daripada keimanannya. Ini kerana perlaksanaan thaharah merupakan pengisytiharan bahawa dia mematuhi perintah Allah dan sebagai menyahut seruanNya.

Sebahagian Daripada Iman

Rasulullah SAW telah menjelaskan pahala bagi orang yang bersuci sama ada wudhu' atau sebagainya. Sementara di sisi Allah, pahala tersebut akan berlipat ganda hingga sampai setengah daripada pahala keimanan. Ini kerana iman boleh menghapuskan dosa-dosa besar dan kecil, sedang thaharah khususnya wudhu' menghapuskan dosa-doa kecil yang telah lalu.


Pengajaran Hadith
  • Iman adalah keyakinan, ucapan dan perbuatan yang bertambah dan berkurang. Ia bertambah dengan ketaatan dan amalan soleh sera berkurang dengan kemaksiatan dan dosa.
  • Semua amalan akan dipertimbangkan, ada yang berat dan ada yang ringan.
  • Hadith ini menggesa kita supaya menjaga solat, iaitu dengan melaksanakannya tepat pada waktunya, lengkap dengan syarat dan rukun sera sunnahnya.
  • Memperbanyakkan infak untuk kebaikan, bersegera memenuhi keperluan fakir miskin dan paling penting ikhlas kerana Allah.



Sumber: Syarah al-Wafi Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi. 2012. Terbitan Syabab Book Link.

No comments:

Post a Comment