Saturday, May 3, 2014

TUNDUKKAN PANDANGANMU AGAR FITNAH DAPAT DIELAKKAN



Keterangan Hadith

Dalam hadith ini dapat difahami bahawa larangan yang diberikan oleh Rasulullah SAW adalah bersifat tanzih (menjauhi perkara yang dibenci atau tidak baik), agar orang yang duduk tidak merasa risau untuk menunaikan kewajipannya. Adapun perintah untuk menundukkan pandangan adalah isyarat untuk menghindari fitnah iaitu godaan yang ditimbulkan oleh orang yang melalui jalan tersebut seperti wanita. Sedangkan perintah untuk tidak melakukan gangguan adalah sebagai isyarat untuk menjauhkan diri dari perbuatan menghina dan membicarakan keburukan orang lain. Lalu perintah menjawab salam adalah isyarat untuk menghormati orang yang melalui jalan tersebut. Sementara amar makruf nahi mungkar adalah isyarat untuk menerapkan semua yang disyariatkan dan meninggalkan semua yang tidak disyariatkan.


Pengajaran Hadith
  • Menundukkan pandangan terutamanya terhadap wanita agar tidak menimbulkan fitnah.
  • Menjaga pandangan agar tidak menghina dan membicarakan keburukan orang lain.
  • Memberi dan menjawab salam sebagai cara menghormati orang lain.
  • Melakukan amar makruf dan mengelakkan nahi mungkar.



Sumber: Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta: Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim (Perbuatan Aniaya). Bab 22. Halaman 54-57).

No comments:

Post a Comment