Saturday, May 3, 2014

PERANG SAUDARA DI ANTARA UMAT ISLAM



Keterangan Hadith

  • Al-Nawawi menjelaskan hadith ini merupakan bukti kemukjizatan Rasulullah SAW dalam hadith yang disampaikan baginda kerana perkara tersebut benar-benar berlaku selepas kewafatan baginda.
  • Ibnu Hajar mengatakan yang dimaksudkan dua kelompok besar tersebut ialah kelompok Ali dan kelompok Muawiyah. Maksud dakwah menurut pendapat yang rajih ialah islam (sama-sama Islam). Namun ada yang mengatakan mereka berpegang dengan pendapat mereka iaitu berkeyakinan bahawa kelompok mereka yang betul.
  • Dua kelompok yang dimaksudkan dalam hadith ialah kelompok Ali dan kelompok Aisyah yang didukung oleh Al-Zubair dn Talhah yang terlibat dalam konflik bersaudara dalam Perang Unta. Sedangkan pertempuran dasyat yang berlaku di hadapan mereka adalah Perang Siffin.


Pengajaran Hadith


  • Umat Islam haruslah berpegang dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang betul untuk mengelakkan berlakunya perpecahan sesama umat Islam.
  • Umat Islam haruslah bersatu agar Islam bertambah kuat dan musuh islam berasa gerun untuk menentang kita.




Sumber: Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 4. No. Hadith 157. Halaman: 1157.

Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur, hlmn 61.

No comments:

Post a Comment